UPT test pada 28 March 2016 |
Alhamdulillah. Syukur alhamdulillah. Start daripada bulan 11 2015 aku berTTC tanpa jemu akhirnya Allah bagi juga apa yg aku impikan. Masa upt positif ni Allah saja yg tahu bertapa bersyukur nya aku. Sehingga kan aku menangis teresak esak sujud syukur kepadaNya.
Orang pertama yang aku cakap adalah suami aku sendiri. Ketika tu dia busy di kedai. Aku kep on mesej dia supaya dia naik atas secepat mungkin. Allah. Hanya Allah je tahu menggigil nya tangan ku. Tapi bila bercerita dgn abang dia seolah2 speechless macam tak percaya sbb banyak kali tanye aku 'betul ke yang?' Terus aku cakap 'insyaallah kita ada anak tahun ni. Moga Allah lindungi syg dan baby.'
Keesokkan harinya selepas balik kerja aku ke Klinik Alam Damai bertemu dgn Doctor Mazlah untuk confirmkan pregnancy. Selepas 2 jam menunggu, doc scan masih tak nampak ape ape melainkan rahim menebal. Bila doc buat skali lagi test UPT, mmg sah positif pregnant. Doc nasihatkan supaya kurangkan stress dan banyakkan berehat memandangkan aku ada sejarah gugur pada usia baby 17 minggu. Doc bagi asid folik dan ubat cair darah utk mengurangkan kenaikan level HB aku yg boleh jugak menyebabkan keguguran. Doc anggarkan aku punye baby masih terlalu awal dan masih kecil utk nampak dgn usg. Doc suruh aku datang selepas 2 minggu insyaallah mungkin akan nampak kantung dan baby. Doa yg baik baik.
Balik dr klinik aku agak keciwa jugak lah sebab tak dpt melihat lagi satu nyawa dalam rahim ku. Aku sgt sgt menunggu dia. Hopefully after 2 weeks awk muncul ye sayang ibu?
UPT test pada 6 April 2016 |
Alhamdulillah makin terang double line. Aku pun fikir baik baik dan doa yg baik baik agak kandungan aku sihat walafiat dan diri aku sendiri jauh dari seberang komplikasi dan sakit sepanjang mengandung. Mudah mudahan Allah permudahkan aku sepanjang pregnancy dan bersalin.
Tak rugi lah aku menahan sabar dan berTTC selama 4 bulan lamanya sampai menangis nangis disebabkan kehadiran period setiap bulan. Last period 28 Jan 2016. Apabila tak dtg period pada bulan kedua aku mula eksited tapi dalam masa yg sama bimbang. Pada kali ni aku takkan uji UPT terlalu awal. Aku tunggu sehingga bulan berikutnya kalau tak datang period lagi. Selepas sebulan, aku test, alhamdulillah. Mmg Allah dengar doaku kali ni. Terima kasih ya Allah. Aku mohon Kau permudahkan lah segalanya. Sihatkan lah dan sempurnakan lah bayi ku sesempurna kejadian yg Kau jadikan bagi setiap manusia.
Amin.