Sunday, December 6, 2015

TTC Journey - Finally OPK positive!

Posted by nurulyena at 3:43 AM 0 comments
Alhamdulillah! Finally jumpa jugak tarikh subur aku. Cycle day ke 32! Memang lambat gile memandangkan aku memang jenis period tak teratur. Since gigih dan usaha setiap hari test OPK yg dibeli online yg harganya RM1 per strip, jadi tak hairan lah aku test banyak kali dan setiap hati.

Harap harap ada rezeki utk aku dan suami bulan ni. Sejak gugur pada 2/9/15 tempoh hari, period aku jadi ting tong! Period utk Oct 15 sikit sikit macam taknak keluar! Jadi nak bersama dgn suami pun ragu ragu sebab leps bersama mesti bleeding! Bila jumpe pakar O&G kata takde masalah dgn rahim dan serviks. Alhamdulillah. 

TTC start lepas period Nov 15. Alhamdulillah period ngam ngam 7hari dan yg keluar lega sengat. Darah merah pekat seperti period bisa tak macam period bulan lepas. Habis je period hari ke7, aku start test OPK pada cycle day ke 9. Hari hari gigih test tak kira kat mana masa tu mesti ke tandas semata mata nak test and carik waktu subur.

Sejak satu kejadian yg berlaku pada aku dan suami, kami PJJ. Itu membuat aku makin risau dalam usaha nak pregnant balik ni. Tapi aku percaya satu, ada rezeki, Allah mesti bagi dan temukan. Sejak dari itu aku mula catat kalendar hari apa aku bersama dgn suami. Kalendar period yg aku install dlm hp pun takleh caya sgt waktu subur yg dia kirakan jadi OPK lah tempat aku bergantung utk tahu waktu subur.



Hari ke 32 dah positive!

Alhamdulillah. Semoga lepas ni ada rezeki untuk aku dan suami. Insyallah. Selebihnya aku tawakal kepada Allah. Semoga dengan kehadiran zuriat kami akan buat kami lebih bahagia dan dijauhkan dari segala perkara perkara yang boleh buat kami stress. Amin. Semoga dengan kehadiran zuriat kami akan memeriahkan lagi kedua belah keluarga suami dan keluarga aku. Pengerat antara semua orang. Amin.

Monday, November 16, 2015

Rumah.

Posted by nurulyena at 8:30 PM 0 comments
Rumah. Mahal sekarang. Aku ni jenis suka apply macam macam benda bila aku ada masa di office. Sejak kejadian hari tu, tahap keinginan ingin memliki rumah sendiri semakin membuak buak. Pelbagai persoalan bermain di minda. Mampu kah aku? Loan kereta yang masih belum langsai. Dan juga loan study. Adakah aku mampu utk menanggung nya sendiri tanpa bantuan suami.

Suami ku hanya lah bekerja sendiri. Kalau nak lulus loan bank mungkin mengambil masa yang agak lama. Dengan keadaan ekonomi yg semakin menyempit, ditambah pula dengan masalah keluarga suami. Allah. Ujian apa lagi yg Kau beri kan kepada kami ni?

Kemudahan Rumah Selangorku dan PR1MA membuka mataku untuk berusaha mendapatkan rumah. Pelbagai jenis rumah yg daku lihat yg sedang dalam prose pembikinan. Insyaallah aku yakin ada rezeki rumah utk kami. Antara rumah selangorku ataupun PR1MA. Semoga ada rezeki utk aku dan suami utk memiliki rumah yg sesuai dengan pendapatan kami. Dalam keadaan sekarang aku tak boleh memilih jenis rumah. Ya. Suami ku sangat berkehendakkan rumah di atas tanah tapi kebanyakkan sekarang rumah yg ada hanya lah flat dan jenis apartment. Aku tak kisah. Janji ada rumah sendiri yg selesa utk diduduki apabila keluarga bertambah nnt.

Mudah mudahan ada rezeki utk kami. Amin

Saturday, November 14, 2015

Kejadian tidak disangka.

Posted by nurulyena at 11:30 PM 0 comments
Satu kejadian yg tidak disangka berlaku. Allah. Ujian apa lagi yg Kau berikan kepada kami? Adakah kami ada menyakiti hati ibu bapa kami dan adik beradik kami? Hina kah suami ku sehingga dihalau dan dihina oleh keluarganya sendiri? Tidak hormatkah adik adik ipar ku pada aku sehingga kan tidak bertegur sapa dgn aku kerana marahkan suami ku?

Terus terang aku katakan aku amat berkecil hati pada adik adik ipar ku. Dari mula mereka maki hamun di whatsapp keluarga mengatakan suami ku tidak jujur dan amanah dalam bekerja dgn abah mertua ku sehingga lah menghalau suami ku di depan mata ku sendiri. Apakah dorang tidak malu pada aku? Apakah dorang tidak hormat pada aku? Adakah aku ada buat sesuatu yg melukakan hati mereka sehingga mereka sanggup lakukan perkara sebegini rupa.

Bagi aku, suami aku adalah anak yang baik walaupun ada perangai nya ramai yg tak suke termasuk lah aku. Bagi aku dari segi tanggingjawab, suami aku tidak pernah lupa akan tanggungjawab pada keluarganya sehinggakan aku sendiri rasa terabai akan kesibukkannya. Dengan kata kata abah yang sangat sangat buat hati aku terasa sebak sehinggakan abah mertua ku mengeluarkan kata kata 'halau' pada suami ku. Walaupun kata kata abah mertua ku hanya ditujukan pada suamiku, lupakah dia bahawa anaknya telah berkahwin? Lupakah dia bahawa menantu nya ada ketika dia melafazkan kata kata perit itu? Kerana amarah dan dengki, suami aku dipulaukan sebegitu sekali dan dimalukan di depan orang ramai sebegitu sekali. Sekali pun ada salah pada suami ku, tidak kah lebih mulia jika merak berusrah dirumah dan lepaskan apa rasa ketidakpuashatian masing masing.

Abah mertua ku seorang yg kuat agama, tidak kah seseorang yg kuat agama itu tinggi iman dan ilmunya? Bagaiamana abah mertuaku boleh melepaskan kemarahan yg sangat2 dasyat kepada suami ku SEORANG di hadapan khalayak ramai? Adakah suami ku juga yg salah? Kerana memalukan keluarga? Sungguh aku tidak paham akan keadaan ini. Adik beradik yg penuh dengan benci dan amarah. Adakah ni yg diajar oleh abah mertua ku? Selama ni aku merasakan aku mempunyai keluarga mertua yg sangat bagus dalam didikannya. Rupanya sangkaan aku meleset. Aku sangkakan aku lah menantu paling bertuah kerana dapat berkeluarga dengan keluarga yg besar dan murni aman damai. Ternyata sangkaan ku kali ni juga meleset. Dalam setandan pisang pasti ada yg busuk.

Adik beradik yg suami ku kata bagus boleh ada sifat dengki dan tidak puas hati antara satu sama lain. Boleh ada sifat utk maki hamun dan menghina adik beradik yg tidak berpelajaran tinggi. Boleh pula ada kuasa utk memulaukan adik beradik yg lain dan menghalau keluar seolah olah rumah yg dia duduk kepunyaan dia sendiri. Ya Allah Kau ampunilah dosa adik adik ipar ku yg ada sifat yg demikian.

Aku mengaku suami ku tidak berpelajaran tinggi. Tidak bekerja bagus dan agak lambat perilaku dan kefahaman nya. Tapi itu tidak bermakna dia BODOH dalam segala hal. Itu tidak bermakna dia tidak punya hati dan perasaan. Sombongkah adik beradik ipar ku yg sedang melanjutkan pelajaran tinggi? Sombongkah dgn kepandaian mereka dia hadapan abang merak iaitu suamiku? Adakah selama ni suami ku buat onar pada mereka? Adakah selama ni suami ku tidak membantu dalam hal keluarga?

Ya Allah, hanya Kau tempat aku mengadu. Tulisan ini hanyalah utk meluahkan perasaaan sedih ku yg tidak aku dapat ceritakan pada sesiapa. Aku sangat kasihan pada suamiku. Aku yakin suami ku yg Kau pilih utk ku adalah seorang yg baik dan bertanggungjawab. Dia sangat ambil berat kepada keluarga dan masalah keluarganya. Di mata luaran mungkin orang lain tak nampak, tapi hanya Kau saja yg mampu ubah segalanya. Tunjuki lah kekuasaanMu dgn menunjukkan segala kebenaran.

Aku mohon kekuatan dariMu.
Ya ALLAH.

Friday, November 13, 2015

Universal Studio Singapore.

Posted by nurulyena at 9:00 PM 0 comments
Alhamdulillah. Tercapai juga nak bawa suami jejakkan kaki ke Universal Studio Sngapore ni. Aku pula ni dah masuk kali ketiga jejak kaki disini. Masih sama. Cuma ada pertambahan tempat baru.

Abang, pada mulanya sangat teruja tapi aku pula demam tak larat nak bawa suami ke tempat yang best best. Aku hanya mampu bawa dia ke tempat yg aku rasa penting dan menarik. Dengan ringgit Malaysia yang jatuh, RM500 juga suami ku tukar utk dibuat belanja di sana. Tak banyak yg kami buat dengan duit tu. Setakat beli utk kenang kenangan dan juga makan. Itu pun dapat voucher makan free. Alhamdulillah. 

Kami stay di Tune Hotel JB 3hari 2malam. Ya. Tune Hotel adalah ekses yang paling senang utk ke USS. Kemudahan hotel tidak lah sehebat mana sehinggakan suami ku komplen tentang apa segala nak pakai, mesti berbayar termasuk aircond dan tv. Haha. Terpaksa lah kami membayar utk tv sebab suami suka menonton Gegar Vaganza.

Malam sebelum kami ke USS, kami pergi ke Plaza Angsana utk menukar RM ke SGD. Malangnya, sebesar besar mall yang ada di JB itu hanya satu Money Changer yang ada dan mungkin sudah nasib malang Money Changer tersebut tutup padahal baru pukul 8 malam. Aku bertambah kecewa dan marah dengan masalah tiket parking yang sudah berbayar tapi tak boleh keluar. Jenuh nak bercakap dgn Guard Myanmar yg tak paham BI mahupun BM. Ia benar2 menguji kesabaran aku. Bertambah dengan jalan di JB yg berpusing2 macam gasing, bertambah tension dan runsing sehinggakan aku bergaduh dgn suamiku. Aku anggap ini hanya lah ujian buatku ditambah dgn demam yang masih tak kebah. Apakan daya segala booking dan pembayaran telah dibuat sehari sebelum aku demam.

Tidak banyak yg boleh aku kongsi dengan menulis. Biarlah gambar kami berbicara.






Monday, September 21, 2015

Muhammad Bin Abdul Ghani.

Posted by nurulyena at 10:30 PM 0 comments
Salam. Al fatihah buat anakku. Muhammad Bin Abdul Ghani.
Aku disahkan keguguran oleh doktor di hospital Ampang ketika anakku discan dan tiada degupan jantung yg ditemui. Hanya Allah saje yg tahu perasaan aku waktu tu. Ketika dalam menahan sakit, ketika itu juga aku terus kuat supaya tidak terus menangis. Hanya Allah saje yg tahu perasaan aku. Bagaimana perasaan seorang ibu yg melahirkan anaknya yg telah diketahui tidak bernyawa? Bagaimana rasanya seorang ibu utk teruskan kehidupan tanpa anak yg dikandungnya selama ni? Bagaimana rasanya menatap wajah anaknya yg tak cukup bulan dan kaku disisinya? Hanya aku rasa. Hanya aku yg alaminya. Hanya aku yg tatapnya.

Muhammad. Perginya kamu dari hidup ibu ibarat hati ibu ditoreh toreh dan dicarik carik. Hati yg sakit tidak sama dgn rasa contraction ketika melahirkan tubuh kecilmu. Sakitnya hanya Allah yg tahu. Bagaimana perasaan ibu melihat kamu diangkat dan diletakkan di atas tapak tangan doktor lalu meletakkan kamu di bahu ku? Ibu tahu kamu sudah tidak bernyawa tapi kenapa ibu tersenyum melihat jasad kamu ketika itu? Itu lah nikmat seorang ibu, sayang. Doktor memandang ibu tanda simpati kerana tidak dapat menyelamatkan kamu. Tapi ibu kuat. Ibu tidak menangis ketika doktor perlihatkan kamu pada ibu. Ibu tahu doktor simpati pada ibu. Alhamdulillah ibu lega dapat lahirkan kamu secara normal tanpa kamu dikorek korek seperti yg berlaku kalau ibu ibu yg terpaksa D&C.

Ibu melihat kamu diletakkan diatas kain hijau dan dibawa pergi oleh nurse. Ibu dicuci dan dibersihkan setelah mengeluarkan uri kamu. Ibu dah kurang sakitnya. Tapi hati ibu sangat perit dan sakit. Sebab sudah kehilangan kamu. Ketika selesai, ibu masih lagi blur dan tak menangis. Hanya memikirkan langkah seterusnya. Ibu memikirkan apa nasib ayahmu diluar sana. Makan kah dia? Ok kah dia? Bagaimana pula dgn urusan hospital diluar? Ayah kamu ok ke tanpa bantuan sesiapa? Alhamdulillah mujur ada mak dan kakak ipar ku menemani ayahmu seketika. Jam hampir 12 tengahari ibu telah dibawa ke wad. Wad yg penuh dan ibu ditempatkan sementara di katil di tepi tingkap. Allah ibu masih blur dan tiada rasa apa. Sehingga ayah kamu, atok mu (bapa mertuaku) dan nenek mu (mama ku) datang dan berborak dgn ibu. Henfon ibu tidak henti2 bunyi nak menanyakan khabar dan juga ada yg ingin mengucapkan takziah. Ketika itu ibu masih blur sayang.

Sehingga lah pada jam 3ptg setelah ayah dan atok mu mengambil kamu di bilik forensik dan ayahmu membawa jasad kamu utk ibu melihat kamu buat kali terakhir, ketika itu lah baru ibu rasa dunia ni gelap dan hati ibu di rentap. Dari jauh ayahmu memangku mu, airmata ibu tak henti mengalir. Sehinggakan ibu tak sanggup melihat kamu lebih lama sbb hati ibu terlalu sakit dan tersedu sedan menahan tangis. Allah. Kecilnya kamu. Merahnya kamu. Ya Allah. Itu lah kali terakhir ibu melihat kamu. Ingin ibu peluk. Ingin ibu cium. Ingin ibu tahan ayahmu dari pergi membawamu. Ibu makin tidak tahan airmata apabila melihat airmata jantan ayahmu keluar dari matanya. Ibu tau ada tanda tanda kesal dari diri dia. Maafkan syg abg. Kerana syg, anak kita menghadapNya. Kerana syg tak jaga diri sayang dgn sebaiknya. Maafkan syg, abang.

Muhammad. Bergembira lah kamu di sana, sayang. Ibu disini sentiasa akan ingat pada kamu. Kamu akan sentiasa jadi yg tersayang buat ibu. Anak ibu. Anak sulung ibu. Anak syurga ibu dan ayah. Terima kasih sayang sebab hadir dalam rahim ibu, walaupun sekejap. Terima kasih sebab bunyi bunyian kamu jadi halwa telinga ayah kamu ketika ayah letakkan telinganya diperut ibu hanya nak dengar kamu buat apa di rahim ibu. Terima kasih sayang sbb tunggu ibu disyurga dan nak bantu ibu dan ayah masuk syurga. Terima kasih sayang. Tunggu ibu dan ayah ye? Ibu dan ayah sayang kat Muhammad.

Al-fatihah.

Monday, September 7, 2015

2nd trimester. And its disaster.

Posted by nurulyena at 8:30 PM 0 comments
Keterujaan tentang kehamilan aku bersambung hingga aku masuk pada 2nd trimester. Ya Allah, aku merasakan bahawa, wah sekejapnya masa berlalu. Sehingga kini kandungan aku sihat dan aku pun tidak mengalami sebarang masalah. Insyaallah.

Scan demi scan aku hadap. Ya Allah seronoknya melihat anak ku membesar dgn sihat di dalam kantungnya. Setiap kali check up setiap kali tu lah aku teruja utk melihat anak ku diskrin besar di dalam bilik doktor. 


Video scan ni ketika anak ku berusia 12 minggu. :')

Minggu demi minggu aku menunggu untuk next check up. Keterujaan utk melihat anak yg dikandung2 membuak buak seperti tak sabar mahu dia melihat dunia.

Pada 1 September 2015, aku telah membuat buku merah di Klinik Kesihatan Batu 14, Hulu Langat. Segala urusan berjalan lancar walaupun terpaksa menunggu giliran dengan lama kerana aku baru buat buku jadi banyaj ujian terpaksa dilakukan termasuk ujian darah dan air kencing. Ia termasuk juga pemeriksaan perut dan breast kerana kebanyakkan hospital kerajaan sekarang memang menitikberatkan pasal penyusuan bayi. Aku selesai pada jam 12.40tengahari. Alhamdulillah. Pada mulanya aku memang tidak mahu membuka buku merah, tapi atas nasihat kawan kawan dan juga ibu mertua sendiri aku buka jugak sebab dah plan nak bersalin di hospital swasta. Insyaallah.

Pada belah ptg sehingga malam, aku tidak merasakan apa apa yang pelik. Hanya lah terlalu inginkan makan waffle dan float A&W. Hanya Allah saje yg tahu betapa teringin nya aku sehingga merajuk pada suami kerana tak dapat membawa aku dgn lebih awal ke A&W, lalu suami membuat float sendiri utk aku. Alhamdulillah dapat dua cawan kecil float sudah memadai tapi masih 'craving' dgn waffle asikrimnya. Menunggu masa utk suami selesai kerja.

Tepat jam 10.00 malam, alhamdulillah impian terlaksana apabila sampai ke A&W pada ketika itu hampir pukul 11 mlm masih buka dan boleh terima order. Dengan nikmat, aku menyantap waffel dah float. Alhamdulillah.

Tanggal 2 September 2015, mula lah detik hitam dalam hidup aku. Sesuatu benda yg terjadi yg tak pernah dijangka oleh aku. Hanya Allah saje yg tahu perasaan aku ketika itu. Selepas solat subuh, aku bermalas malasan di atas katil kerana menunggu suami utk selesai kerja utk hantar aku ke office. Tiba tiba saja aku rasa sakit perut seperti selalu. Tapi kali ni sangat lama dan luar biasa. Sehingga kan aku berguling guling menahan kesakitan. Allah saje yg tahu apa yg bermain difikiran aku ketika itu. Aku pergi ke bilik dan membuang air besar sbb ku fikirkan aku angin dan ingin buang air besar, setelah selesai masih juga sakit. Dengan kuasa Allah, keluarnya aku di pintu bilik air, darah turun banyak nya. Seperti dalam drama. Aku terus menangis memeluk suami ku dan suami aku terkejut. Aku sempat menyalin pad dan terus turun utk ke klinik. Hanya Allah saje yg tahu perasaan aku ketika itu.

Allahuakbar. :(

Tuesday, July 7, 2015

1st trimester.

Posted by nurulyena at 10:00 PM 0 comments
Salam. Hye. Bosan ke baca blog aku ni? Kalau bosan, sorry sebab aku memang tak reti berblog. Ayat aku pun rasanya agak terlalu menulis diari. Ye lah. This is my online diari. Nak menulis sangat lah malas. Jadi sini lah tempat aku meluahkan perasaan. Well, dah baca flow macam mana aku dapat tau aku pregnant? Kalau tak baca tu dulu, macam nak faham story yg ni plak kan? :)

Alhamdulillah. Setelah disahkan pregnant. Semua happy termasuk lah family mertua ku. Ya Allah, seronoknya ada keluarga besar mcm ni. Adik beradik ipar pun seronok mendengarnya. Abah mertua lah yg paling seronok sbb bakal menyambut 3orang cucu tahun depan. Hehe.

1st trimester. Tak banyak yg aku tau. Aku takde lagi rasa morning sickness. Aku mcm merasakan aku takkan dapat morning sickness lepas seminggu dapat berita yg aku mengandung. Tetapi Allah itu lebih mengetahui, selepas seminggu berpuasa, aku dah start sensitif pada bau. Moody memanjang. Dan tak boleh untuk puasa. Ya Allah seksanya rasa. Memang dah niat dalam hati puasa tahun ni nak penuh memandangkan aku mengandung tapi Allah menguji ku dengan morning sickness yg sangat teruk. Kurma, kismis dan susu kambing yg selama ni menjadi amalan terus tak dapat aku telan. Nasi yg menjadi kegemaran aku terus tak boleh aku pandang dan bau. Aku alah pada bau masakan padahal aku lah isteri yg suka masak utk suami aku. Sebab suami ku sangat suka pada masakan aku. Dahulu, aku lah paling suka peluk suami dan bau celah ketiak suami aku, namun sejak mengandung itu lah paling busuk yg pernah aku bau. Allahuakbar. Kadang kala terbit perasaan kesian pada suami. Kadang kadang suamiku berkecil hati apabila mulut tiada insurans ku ini terus menerus mengatakan dia busuk walaupun selepas mandi. Allahu. Ujian buatku.

Aku pula mula selalu ambil MC sbb tak larat nak memandu ke tempat kerja. Lama kelamaan aku membuat keputusan utk tinggal dirumah keluarga ku yg sedikit dekat dgn office ku. Suami ku memberi kebenaran walaupun aku tahu hati dia berat utk keseorangan dirumah sini. Aku yakinkan pada dia yg dia boleh datang ke sana bila bila masa yg dia nak apabila dia memelukan aku. Pada malam pertama tanpa suami disisi, malam yg sangat sukar bagi ku hingga aku menangis di dalam telefon supaya dia hadir bersamaku. Allah. Semoga aku kuat. Suami ku juga.

Pregnancy diteruskan sehingga raya dan alhamdulillah morning sickness aku berkurangan dan hilang. Sampai lah satu tahap 'cravings'. Macam macam aku minta makan pada suami ku walaupun di tengah malam. Allah. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan suami yg sangat sabar dan baik. Walaupun dia tak berpelajaran tinggi tapi bagi aku dia lah suami yg terbaik buat aku. Alhamdulillah.

Sayang sayang sangat kat Abang. <3

Saturday, June 20, 2015

Alhamdulillah.

Posted by nurulyena at 12:30 AM 0 comments
Salam. Hye. Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanNya yg tidak menjangkakan sebegini pantas. Aku di sahkan pregnant 4minggu oleh doktor pada 19 June 2015. Sebelum di sahkan pregnant, banyak persoalan yg bermain difikiran.

Ia bermula apabila aku mula dapat 'spotting' pada 17 May 2015 iaitu selepas 9hari habis period. Aku fikirkan aku period kembali memandangkan aku memang ada masalah period tak stabil sebelum kahwin lagi. 'Spotting' yg aku alami berlanjutan sehingga 3hari. Ketika itu aku tidak mengesyaki apa apa. Aku banyak bertanya pada kawan kawan yg sudah kahwin dan juga ibuku. Ada yang kata kemungkinan aku sudah keguguran atau janin tak jadi. Ada juga yg kata saki baki darah period yg belum habis keluar. Ada juga yg kata kemungkinan aku pregnant. Sepanjang aku berkahwin, aku tidak tahu macam mana rasa nye mengandung. Jadi ibu ku mula suruh buat ujian UPT. Kebetulan kawan office aku ada menyimpan satu UPT test kit di meja nya. Jadi, aku test. Hasilnya memang negatif.

Kawan kawan mula merasa bimbang akan keadaan aku termasuk lah diri aku sendiri tapi bagi aku selagi tiada rasa sakit, selagi tu merasakan tiada apa yg serious pada diri ku. Maka hal ini senyap sehingga lah pada satu malam selepas bersama dgn suami ku, terdapat banyak darah pada bantal yg aku lapik di bawah punggungku dan suami ku sangat sangat tak senang duduk akan kehadiran pada 'penis' nya. Jadi, aku membuat keputusan untuk berjumpa dgn doktor pakar O&G selepas itu.

Pada 4 June 2015, aku pergi ke Klinik Alam Damai utk buat check up apa yg tak kena pada diri aku. Doktor scan, dan check 'laluan bawah' aku utk memastikan tiada apa yg serious yg berkaitan. Setelah diujikaji termasuk buat pregnancy test, lagi sekali, hati aku yg rasa terlalu ingin tahu membuak buak.

Keputusan aku dapat tidak lah seperti dijangkakan. Aku jangkakan aku ada penyakit serious berkenaan dgn dalaman wanita. Doktor mengatakan tidak apa yg perlu risau kerana dia tidak jumpa apa apa pada diri aku yg ada penyakit serious, tapi doktor ada mengatakan bahawa kemungkinan besar aku mengandung kerana result upt yg aku buat sebentar tadi menandakan 'double line' tapi yg line kedua sangat sangat kabur. Hasil dari scan pula doktor mengatakan dinding rahim aku menebal. Dan kemungkinan darah 'spotting' yg aku dapat tempoh hari adalah 'implimantation bleeding'. Jadi, doktor menyuruh aku utk datang lagi selepas 2 minggu.

Selepas 2 minggu. Alhamdulillah. Ya. Memang benar. Aku disahkan preggy selama 4minggu. Alhamdulillah.

Yang bawah tu 1st upt test pada 7/6/15.
Yang atas tu 2nd upt test pada 11/6/15.


Ni first scan masa doktor confirmkan aku pregnant 4weeks! :')

Monday, May 11, 2015

The day I become, Mrs. AG.

Posted by nurulyena at 11:00 PM 0 comments
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Semua nya berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz, aku telah selamat menjadi isteri kepada, Abdul Ghani Bin Rustam.

Terimas kasih kepada semua yang selama ni telah bertungkus lumus menjayakan dari majlis pernikahan hinggalah majlis resepsi. Alhamdulillah. Terima kasih pada saudara mara belah ibuku yang banyak membantu dari segi tenaga kerja dan masa. Buat BFF ku dan sisters ku terima kasih ada bersama ku dan tak lupa juga buat kawan kawan yg ada membantu menjayakan perkahwinan ku ini. Tak lupa pada Issyaz Wedding sebab hasil kerja dari baju hingga lah ke pelamin. Memang superb and abg is sangat sangat sporting melayan customer dia yg sorang ni. Hehe. Thanks so much to everyone! Tak lupa juga buat Kak Wan utk henna yang sangat santek and spa yg sangat best! Thanks millions!!! <3











 

Mrs. AG's Diary Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez