Salam. Al fatihah buat anakku. Muhammad Bin Abdul Ghani.
Aku disahkan keguguran oleh doktor di hospital Ampang ketika anakku discan dan tiada degupan jantung yg ditemui. Hanya Allah saje yg tahu perasaan aku waktu tu. Ketika dalam menahan sakit, ketika itu juga aku terus kuat supaya tidak terus menangis. Hanya Allah saje yg tahu perasaan aku. Bagaimana perasaan seorang ibu yg melahirkan anaknya yg telah diketahui tidak bernyawa? Bagaimana rasanya seorang ibu utk teruskan kehidupan tanpa anak yg dikandungnya selama ni? Bagaimana rasanya menatap wajah anaknya yg tak cukup bulan dan kaku disisinya? Hanya aku rasa. Hanya aku yg alaminya. Hanya aku yg tatapnya.
Muhammad. Perginya kamu dari hidup ibu ibarat hati ibu ditoreh toreh dan dicarik carik. Hati yg sakit tidak sama dgn rasa contraction ketika melahirkan tubuh kecilmu. Sakitnya hanya Allah yg tahu. Bagaimana perasaan ibu melihat kamu diangkat dan diletakkan di atas tapak tangan doktor lalu meletakkan kamu di bahu ku? Ibu tahu kamu sudah tidak bernyawa tapi kenapa ibu tersenyum melihat jasad kamu ketika itu? Itu lah nikmat seorang ibu, sayang. Doktor memandang ibu tanda simpati kerana tidak dapat menyelamatkan kamu. Tapi ibu kuat. Ibu tidak menangis ketika doktor perlihatkan kamu pada ibu. Ibu tahu doktor simpati pada ibu. Alhamdulillah ibu lega dapat lahirkan kamu secara normal tanpa kamu dikorek korek seperti yg berlaku kalau ibu ibu yg terpaksa D&C.
Ibu melihat kamu diletakkan diatas kain hijau dan dibawa pergi oleh nurse. Ibu dicuci dan dibersihkan setelah mengeluarkan uri kamu. Ibu dah kurang sakitnya. Tapi hati ibu sangat perit dan sakit. Sebab sudah kehilangan kamu. Ketika selesai, ibu masih lagi blur dan tak menangis. Hanya memikirkan langkah seterusnya. Ibu memikirkan apa nasib ayahmu diluar sana. Makan kah dia? Ok kah dia? Bagaimana pula dgn urusan hospital diluar? Ayah kamu ok ke tanpa bantuan sesiapa? Alhamdulillah mujur ada mak dan kakak ipar ku menemani ayahmu seketika. Jam hampir 12 tengahari ibu telah dibawa ke wad. Wad yg penuh dan ibu ditempatkan sementara di katil di tepi tingkap. Allah ibu masih blur dan tiada rasa apa. Sehingga ayah kamu, atok mu (bapa mertuaku) dan nenek mu (mama ku) datang dan berborak dgn ibu. Henfon ibu tidak henti2 bunyi nak menanyakan khabar dan juga ada yg ingin mengucapkan takziah. Ketika itu ibu masih blur sayang.
Sehingga lah pada jam 3ptg setelah ayah dan atok mu mengambil kamu di bilik forensik dan ayahmu membawa jasad kamu utk ibu melihat kamu buat kali terakhir, ketika itu lah baru ibu rasa dunia ni gelap dan hati ibu di rentap. Dari jauh ayahmu memangku mu, airmata ibu tak henti mengalir. Sehinggakan ibu tak sanggup melihat kamu lebih lama sbb hati ibu terlalu sakit dan tersedu sedan menahan tangis. Allah. Kecilnya kamu. Merahnya kamu. Ya Allah. Itu lah kali terakhir ibu melihat kamu. Ingin ibu peluk. Ingin ibu cium. Ingin ibu tahan ayahmu dari pergi membawamu. Ibu makin tidak tahan airmata apabila melihat airmata jantan ayahmu keluar dari matanya. Ibu tau ada tanda tanda kesal dari diri dia. Maafkan syg abg. Kerana syg, anak kita menghadapNya. Kerana syg tak jaga diri sayang dgn sebaiknya. Maafkan syg, abang.
Muhammad. Bergembira lah kamu di sana, sayang. Ibu disini sentiasa akan ingat pada kamu. Kamu akan sentiasa jadi yg tersayang buat ibu. Anak ibu. Anak sulung ibu. Anak syurga ibu dan ayah. Terima kasih sayang sebab hadir dalam rahim ibu, walaupun sekejap. Terima kasih sebab bunyi bunyian kamu jadi halwa telinga ayah kamu ketika ayah letakkan telinganya diperut ibu hanya nak dengar kamu buat apa di rahim ibu. Terima kasih sayang sbb tunggu ibu disyurga dan nak bantu ibu dan ayah masuk syurga. Terima kasih sayang. Tunggu ibu dan ayah ye? Ibu dan ayah sayang kat Muhammad.
Al-fatihah.
0 comments:
Post a Comment